Simposium Kesederhanaan Dalam al Qur’an Antara Dua Titik Ekstrim – Part 4

Aug 19, 2017 - Featured, Featured on irfront.org, Symposium
Tempat: Banquet Room, Royal Selangor Golf Club, Jalan Kelab Golf off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tarikh: Sabtu, 19 Ogos 2017
Masa: 930AM-530PM

Ucaptama:
Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis

Syarahan:
Professor Dr. Abdul Munir Mulkhan, Guru Besar Fakultas Tarbiyah UIN Sunan Kalijaga
“Tauhid dan Perdamaian: Seruan Tauhid sebagai suara yang mendamaikan dalam Islam”

Dr Mun’im Sirry, Department of Theology, University of Notre Dame
“Pendekatan Baru Dalam Ayat-ayat Jihad”

Forum:
“Apakah Malaysia gagal sebagai Negara Moderat dalam Pewacanaan Islam Moderat?”
Prof Shamrahayu Abd Aziz, Dr Maszlee Malik, Ahmad El-Muhammady, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

Anjuran bersama:
Islamic Renaissance Front dan G25

Sejauh manakah peranan pemerintah, institusi-institusi keagamaan dan pendidikan, dan masyarakat sivil dalam mengawal pengaruh fahaman agama yang radikal dalam kalangan masyarakat? Apakah tiada surah-surah di dalam al-Qur’an yang mengajak ke arah perdamaian dan kesederhanaan sehingga ramai daripada kalangan orang Islam sendiri memilih jalan perpecahan dan kebencian? Atau adakah mungkin ini disebabkan tafsir-tafsir yang dibaca dalam kalangan masyarakat mempunyai nada keras dan radikal?

Quraish Shihab dalam makalahnya bertajuk Tauhid dan Perdamaian mengatakan bahawa “Perdamaian dunia adalah dambaan Islam. Ini bermula dari kedamaian jiwa setiap peribadi yang kemudian meningkat kepada kedamaian dalam keluarga kecil, masyarakat dan bangsa hingga seluruh bangsa di dunia. Bahkan hal itu diharapkan terus meningkat sampai terwujudnya kedamaian dengan seluruh makhluk yang berpuncak dengan kedamaian di negeri yang kekal atas anugerah Yang Maha Esa.” Tambah beliau lagi, ”perdamaian misalnya, yang merupakan salah satu tuntunan agama yang terpenting, lahir, antara lain, dari pandangan Alam Islam tentang kesatuan alam raya. Semuanya diatur dan mengarah ke satu tujuan, yakni kepada hakikat Tauhid.”

Selain itu juga, corak pembacaan tafsir al-Qur’an yang terdapat di pasaran turut memainkan peranan sebagai suara yang mengajak ke arah kesederhanaan atau keekstreman. Terjemahan versi harfiah yang sering dikatakan telah disalahgunakan pihak ekstrimis bagi mendukung fahaman dan tindakan mereka.. Jelas bahawa penterjemahan al-Qur’an adalah masalah agama, bila salah, maka akan salahlah proses memahami agama.

Malaysia sering dikaitkan sebagai negara yang bersuara moderat. Namun begitu, kemungkinan, laungan Wasatiyyah penggerak ummah yang sering dicanangkan di media sosial dan dalam kalangan pemimpin jarang sekali dimaknai dengan sempurna. Pewacanaan Islam Moderat harus lebih mendasar dalam kalangan orang awam agar sebuah masyarakat yang damai dan sejahtera akan dapat mengimbangkan suara-suara yang mengajak ke arah kekerasan itu akan dapat dibendung. Maka karena itu, simposium ini bertujuan untuk meninjau semula pembacaan terhadap wasatiyyah dan mengenalpasti apakah rintangan-rintangan yang dihadapi dalam memaknakan konsep kesederhanaan dalam beragama.