Reading Session on “The Impossible State” with Hazman Baharom (Bhg1) - Part1

Nov 19, 2018 - Featured, Featured on irfront.org, Reading Sessions
Date: Sunday, 23rdSeptember 2018
Time: 11AM – 1PM
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Register: https://www.eventbrite.com/e/reading-session-on-the-impossible-state-with-hazman-baharom-tickets-50514255498

The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity’s Moral Predicament
Wael B. Hallaq

The Impossible State– Bhg 1

Projek negara Islam zaman moden merupakan satu usaha yang dilakukan gerakan Islamis secara khusus selepas jatuhnya Empayar Uthmaniyah. Disebabkan kewujudan vakum kekuasaan yang memperlihatkan “sistem Islam” tidak lagi didaulatkan itu, gerakan-gerakan ini berusaha untuk mewujudkan daulah yang baharu di tengah hiruk-pikuk modeniti.

Eksperimen ini membawa kita kepada beragam bentuk fenomena politik, umpamanya Arab Saudi dan Iran yang mendabik dada menjadi negara yang mengamalkan “perundangan Islam.” Pada masa yang sama, di negara majoriti Muslim yang lain pula, gerakan ini bergerak sebagai parti politik di bawah lembayung demokrasi. Contohnya, parti Ennahdah di Tunisia, AK Parti dan Saadet Partisi di Turki, dan PAS serta AMANAH di Malaysia.

Sejak eksperimen-eksperimen ini diteorikan oleh Mawdudi, al-Banna, atau Sayyid Qutb, terdapat satu defisit yang jelas dalam teori-teori tersebut: mereka tidak cukup kritis dengan negara moden sebagai manifestasi projek modeniti. Modeniti di sini bukanlah hanya satu struktur masyarakat, tetapi sepertimana singgungan Habermas, ia merupakan satu wacana falsafi. Kita semua hakikatnya sedang hidup dalam, bahkan bantu menghidupkan wacana ini.

Tesis utama buku Hallaq ini bunyinya sederhana tetapi agam: projek “negara Islam moden,” dengan apa definisi yang absah bagi istilah-istilah tersebut, adalah mustahil pada akal. Beliau merumuskan tesis ini dengan cukup indah lagi tersusun, apabila projek modeniti itu sendiri disinggung di bahagian pertama buku tersebut.

Di bahagian I ini, kita akan meninjau tiga bab pertama buku ini.

 

Tentang Pengarang

Wael B. Hallaq adalah seorang Avalon Foundation Professor dalam bahagian Sains Kemanusiaan di Columbia University. Penyelidikan beliau melangkaui beberapa bidang termasuk undang-undang, teori perundangan, falsafah, teori politik, dan logika. Penerbitannya termasuk The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity’s Moral PredicamentShari’a: Theory, Practice, TransformationsAn Introduction to Islamic Law; and Authority, Continuity, and Change in Islamic Law. Hasol kerjanya telah diterjemahkan dalam pelbagai bagasa termasuk Arab, Indonesia, Yahudi, Jepun, Parsi, Turki, dan Rusia.