Risalah Reformis Tafsir Muhammad Asad

May 2, 2013 - Forum
Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS)
Jumaat 1 March 2013

Muhammad Asad, atau nama asalnya Leopold Weiss dilahirkan di Lviv, Ukraine yang ketika itu dibawah jajahan Empayar Austria; pada musim panas tahun 1900. Muhammad Asad sememangnya mempunyai kehidupan yang pelbagai, merentasi tiga benua dan dua peradaban. Seorang penulis, pengembara, diplomat, cendikiawan Islam dan pentafsir al-Qur’ān; beliau mengorbankan hampir tujuh belas tahun daripada hidupnya untuk menulis karya agungnya: The Message of the Qur’ān. The Message didedikasikan kepada golongan “mereka yang berfikir” - for people who think. Kepentingan mengunakan kemampuan manusia berfikir untuk memahami wahyu iaitu menerusi Ijtihad, adalah perkara yang ditekankan di dalam al-Qur’ān itu sendiri, merupakan tema yang acap kali diulang-ulang oleh Muhammad Asad di dalam tafsirnya. Setiap ayat atau pernyataan di dalam al-Qur’ān di arahkan kepada aqal yang dapat berfikir maka ia semestinya mampu difahami oleh manusia. Selari dengan agenda tajdid dan reformasi Islam, karya The Message of the Qur’ān adalah terjemahan yang rasional, yang memberi fokus utama dalam perbincangan tentang al-Qur’ān menurut kaedah para pendukung islah dan tajdid.