USRAH: THE MESSAGE OF THE QUR’AN – Surah Al-Insyiqāq
Apr 2, 2023 - Featured, Featured on irfront.org
Tarikh: Ahad, 2 April 2023 Waktu: 530PM-930PM Tempat: Baitul Azīzah, Presint 18, Putrajaya Bandar Filsafat Surah al-Insyiqāq adalah surat ke-84 dalam al-Qurān. Ia terdiri daripada 25 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah. Al-Insyiqāq ertinya terpisah iaitu yang diambil daripada perkataan yang terdapat pada permulaan surah ini. Pokok isi daripada surah ini menerangkan peristiwa-peristiwa pada permulaan terjadinya hari kiamat. Surah al-Insyiqāq menjadi peringatan bagi manusia yakni setiap manusia berusaha dalam kesusahan untuk menemui Tuhannya. Kelak ada yang mendapat kebahagiaan dan ada pula yang mendapat kesengsaraan. Selain itu, surah al-Insyiqāq juga berisi tingkatan kejadian dan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.